Guru Ditindas PPSMI Mon | Mar 16, 09 | 12:57:13 am MYT | |
Begitu tersentuh apabila Dinsman mengutarakan artikelnya yang bertajuk "Menunggu guru bersama budayawan bantah PPSMI". Aku bukanlah seorang guru bahasa yang boleh mengetik susunan dan laras bahasa yang sesuai.
Aku hanya guru biasa yang berada jauh di ceruk mata masyarakat. Memang aku, mewakili sebahagian guru yang hanya mampu menahan amarah, bila mana kelihatan "bacul" menunggu orang lain melontarkan masalah kami untuk diselesaikan. Mengapa "bacul" lebih sesuai untuk kami. Secara praktikalnya, kami guru-guru Malaysia telah lama dan mungkin akan selama-lamanya dimomokkan oleh penguasa yang sedia ada. Macam-macam ancaman dan pekeliling telah membelenggu kami. Tidak cukup dibelenggu dengan segala macam momokan, bebanan tugas dari masa kesemasa disuap sehingga tersengkak tak terkuasa untuk digalas. Bagaikan guru ini adalah "super power" yang boleh menyelesaikan kesemua permasalan dunia ini. Masyarakat tidak mempunyai nilai, lalu matapelajaran Sivik dan Kenegaraan diperkenalkan. Bila kuantiti moral masyarakat merudum maka ada ura-ura untuk mewajibkan semua pelajar mempelajari Pendidikan Moral. Apabila berlaku kes penculikan kanak-kanak maka akan diperkenalkan pula sistem pembelajaran sehingga jam empat petang. Guru-guru terseksa Sudah menjadi satu macam sumpahan kepada kami, bahawa penguasa bila-bila masa boleh mencabut rezeki kami. Takut benar kami bila mendengar Ulu Tembeling, Lembah Danum dan segala macam tempat yang tidak pernah terlintas dalam pendengaran kami. Kami telah begitu lama diancam sebegini. Pantang mendengar sedikit sahaja berita bahawa kami tidak sesekutu dengan pentadbiran maka macam-macamlah di buatnya. Pentadbir yang dilantik untuk menjilat ludah penguasa, menjadi mata dan telinga walau penjilat-penjilat ini pekak dan buta, dengan rakus menunggu masa untuk menghukum sesiapa sahaja. Surat tunjuk sebab, dipindahkan 24 jam, diburu seperti pesalah, sehinggakan sudah mengandung lapan bulan pun gambar diambil kerana duduk semasa mengajar dan dipaparkan dalam mesyuarat atau perkembangan staf. Bertambah teruk lagi kesalahan tersebut diulang tayang walaupun anak yang dikandung telah berusia dua tahun. Hendak bersuara secara lantang pun kami terpaksa berfikir-fikir. Hubungan masyarakat pun kian meruncing! Sudah diberi gaji mahu memberontak pula. Mengharapkan kesatuan-kesatuan guru mereka samalah seperti kami, terpaksa berteluku lutut di bawah telunjuk penguasa, cakap lebih-lebih nanti tindakan akan menjelma. Kami bukan macam doktor, yang boleh meletak jawatan kerana diarahkan ke kawasan pendalaman, lalu dipujuk semula dengan macam-macam insentif. Itu belum dikira para doktor yang membuat locum (bayaran puluhan hingga ratusan ringgit sejam) dan memiliki klinik persendirian. "Kalau Makcik nak sihat lagi bolehlah datang ke klinik nie ye makcik". Lalu menghulurkan sekeping kad nama. Terpukul betul bila mendengar kata-kata tersebut. Kami guru-guru, nak buat tuisyen kat rumah dengan untung RM20 untuk satu sesi pun dihalang bagai nak rak. Yang dengki sangat pada kami ni apasal? Akhirnya kami memencilkan diri sehingga kami boleh diinjak-injak tanpa rasa hormat. Menjadi "bacul" bertaraf profersional. Bagi kami, yang seperti sudah putus harap ini, biarlah orang lain melaungkan perasaan kami ini. Laungkanlah supaya si Dr tua itu dengar akan keperitan masyarakat. Kalaulah penguasa itu hendak meneruskan PPSMI biarkan dia, kami tetap akan mengajar dalam Bahasa Melayu. Kami berlapang dada menjemput penguasa itu datang mencemar duli untuk datang ke sekolah pinggir bandar dan lihat sendiri kebanggaan yang diwar-warkan peratusan Lulus Peperiksaan Awam bagi matematik dan sains meningkat. -Harakah Daily- |
Saturday, March 21, 2009
PPSMI: Rintihan seorang guru..
Wednesday, March 18, 2009
Monday, April 28, 2008
Study…sebarkan agama…??
Dalam satu program motivasi PMR di salah sebuah sekolah di Sabah…
Seorang motivator dalm program tersebut mengarahkan para peserta untuk menulis matlamat mereka belajar di atas satu kertas. Seperti kebiasaan program motivasi yang kita hadiri…terutama program motivasi UPSR, PMR ataupun SPM. Para peserta pun menulislah matlamat mereka sebagaimana yang diarahkan dan dua orang daripada kesemua peserta tersebut dipilih untuk tampil ke hadapan masing-masing seorang pelajar lelaki dan perempuan.
Pelajar perempuan terlebih dahulu membacakan matlamat yang ditulis tadi…menyatakan bahawa tujuannya belajar adalah yang pertama untuk mencapai kecemerlangan dan kedua untuk kedua ibu bapanya. Motivator kemudiannya mengulas matlamat pelajar perempuan tadi. Bla…bla….
Seterusnya, pelajar lelaki pula menyatakan 3 matlamatnya belajar. Pertama, untuk mencapai kecemerlangan dan mencapai cita-cita, kedua, untuk kedua ibu bapa…sama seperti pelajar perempuan tadi. Dan ketiga…budak lelaki tu berhenti, tidak meneruskan kata-katanya. Beberapa kali diarahkan oleh motivator tersebut untuk meneruskan…dia tetap enggan membacanya. Motivator merasa pelik dan menuju ke arah pelajar lelaki itu, kemudian membaca apa matlamat yang belum dinyatakan tadi.
“Ketiga: Matlamat belajar saya ialah untuk menyebar agama Kristian”
Setelah mebaca…motivator tersebut terdiam…senyap…terkejut…
Menyerap darah ke seluruh tubuh apabila mendengar cerita ini dari salah seorang penceramah. Seingat saya, awal usia belasan tahun bagitu, saya tidak pernah menetapkan untuk menyebarkan agama Islam sebagai satu matlamat belajar saya. Kesedaran itu tidak ada lagi..
Mungkin pelajar lelaki tadi telah di didik dan di doktrin oleh kelurganya sehingga kesedaran untuk menjadikan penyebaran agama Kristian sebagai satu matlamatnya dalam belajar. Persoalan siapa yang menjadikan pelajar lelaki tadi mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap agamanya adalah tidak penting. Apa yang kita perlu amati dan fikirkan di sini, di mana tahap kita menetapkan matlamat untuk menyebarkan agama Islam dalam belajar?
ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِ َ ظةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ َأحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ
هُوَ َأعَْلمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ َأعَْلمُ بِالْمُهْتَدِين
“Ajaklah ummat manusia ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan dengan nasihat
yang baik...”
(Surah Al-Nahl: Ayat 125)
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM
* Falsafah Islam ialah satu perbincangan yang mendalam untuk:
1. Mengetahui dan mengenal Tuhan sebagai Zat yang berkuasa, mencipta dan mentadbir segala yang ada. Dialah yang menghidup dan mematikan sekalian makhluk.
2. Mengetahui dan mengenal alam sebagai tempat ujian semua manusia dan semua yang ada dalam alam ini ialah untuk kegunaan manusia dan diuruskan oleh manusia mengikut kehendak Penciptanya.
3. Mengenal hamba sebagai hamba dan khalifah Allah serta mempunyai tanggunjawab untuk melaksanakan tugas hamba dan khalifah. Semua tanggunjawab ini akan dipersoalkan pada hari akhirat.
* Falsafah Pendidikan Islam pula ialah satu pemikiran yang mendalam tentang tanggungjawab dan proses mendidik manusia dengan memberi ilmu, berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, supaya mereka mengenal Allah, tahu tanggungjawab (hamba dan khalifah), dan dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan betul. Ini termasuklah kurikulum, kaedah pengajaran, tujuan dan matlamatnya.
Matlamatnya melahirkan insan soleh/kamil (bukan dalam perspektif tasawuf) serta bertamadun yang boleh membawa kebahagian dirinya dan keluarga di dunia dan mendapat kesejahteraan di akhirat.
Inilah di antara perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap muslim apabila membincangkan mengenai Falsafah Pendidikan Islam.
* Dalam Islam, pendidikan tidak terhad kepada yang formal sahaja, ia merangkumi semua urusan di mana saja seseorang itu berada, suasana itu semuanya ada hubungan pendidikan, sebab pendidikan dalam Islam bukan latihan fizikal sahaja, bahkan terangkum juga spiritual dan intelek (Al-Ibrashy, 1976).
* Dalam bahasa Arab, ada beberapa istilah yang digunakan bagi maksud pendidikan, iaitu Ta’alim, Tarbiyah dan Ta’dib. Ta’alim agak lebih sempit maksudnya, kerana ia lebih menumpukan kepada pengajaran (Hassan Langgulung, 1987).
Tarbiyah agak lebih luas maksudnya dan inilah yang diterima pakai oleh negara Malaysia dan kebanyakan negara Islam. Akar katanya ialah kalimat Rabba. Mengikut Al-Attas (1980) terjemahannya membawa makna menjaga, mengasuh dan memberi makan. Kalimat ‘Rabba’ ini disebut dalam Al-Quran, Surah Al-Isra’ ayat 24 dengan makna mendidik, ia berupa doa yang diajarkan oleh Allah kepada manusia supaya mendoakan kedua ibu bapa mereka. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan katalah (doakanlah untuk ibu bapa) ‘Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat ke atas mereka berdua (ibu bapa) sebagai mana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka memelihara dan mendidiku semasa kecil”.
* Walaupun demikian, Al-Attas tidak bersetuju perkataan pendidikan atau “Education” itu diterjemahkan dengan At-Tarbiyah.Tarbiyah atau Rabba itu sangat umum, termasuk menjaga budak, pokok, binatang dan sebagainya. Sebab itu beliau mencadangkan perkataan Ta’dib sebagai pilihan lain, kerana ia lebih tepat dipakai bagi menerangkan konsep pendidikan, sebab Ta’dib ada hubungan yang jelas dan rapat antara pengetahuan dan adab. Dan perkataan Ta’dib itu sendiri bermaksud mengajar adab atau akhlak (Al-Attas, 1980).
* Pendidikan Islam ialah pendidikan yang berasaskan kepada ajaran Islam yang merangkumi semua aspek. Ini termasuklah kurikulum, proses, sistem, kaedah dan sebagainya. Ajaran Islam itu pula ajaran yang bersifat universal berasaskan kepada Al-Quran dan Sunnah (An-Najjar, 1989). Ini merupakan asas yang paling dasar. Di samping itu mengambil kira juga kata-kata sahabat Rasulullah, pemikir-pemikir Islam, nilai kebiasaan masyarakat (Al-‘Urf) dan kemaslahatan social (Hasan Langgulung, 1981).
* Dengan demikian Abdul Halim El-Muhammady (1993) membuat difinisi pendidikan Islam sebagai:
Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Al-Quran dan Sunnah, pengalaman Salaf Al-Salih serta ilmuan muktabar untuk melahirkan insan soleh yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t. ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagian hidupnya di dunia dan akhirat.
Apabila disebut pendidikan Islam ia menjadi lebih khusus dan bermaksud pendidikan yang berteraskan syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis, dan perubahan yang dikehendaki pula ialah perubahan rohani, akhlak dan tingkah laku seperti yang dianjurkan oleh Islam.
Rumusannya, Pendidikan Islam ialah usaha atau proses mengajar, mengasuh, mendidik dan mengembangkan potensi individu dari segi aqli, rohani, jasmani dan emosi supaya menjadi insan yang seimbang yang mampu untuk membangun diri, keluarga dan masyarakat berdasarkan ajaran Islam, di samping itu ia juga berusaha untuk mendapat kebahagian hidup di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat.
Berdasarkan kepada definisi-definisi yang telah dibentangkan di atas, kita fahami bahawa pendidikan Islam itu bukanlah mata pelajaran sekolah, tetapi satu proses pembentukan manusia berdasarkan ajaran Islam. Ia juga bermaksud sistem yang bersumberkan wahyu, iaitu satu sistem yang sempurna untuk mendidik manusia bagi mencapai kebahagian dunia dan akhirat. Tujuannya ialah melahirkan manusia muslim yang soleh, yang dapat membangun diri, keluarga dan masyarakat kearah yang diredai Allah.

Tuesday, April 22, 2008
Kalau Tuhan Kita kenali...
Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya
Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya
Kalau Tuhan kita kenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanyaKorbankanlah apa sahaja kerana-Nya
Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi
Subscribe to:
Posts (Atom)