Monday, April 28, 2008

Study…sebarkan agama…??

Dalam satu program motivasi PMR di salah sebuah sekolah di Sabah…

Seorang motivator dalm program tersebut mengarahkan para peserta untuk menulis matlamat mereka belajar di atas satu kertas. Seperti kebiasaan program motivasi yang kita hadiri…terutama program motivasi UPSR, PMR ataupun SPM. Para peserta pun menulislah matlamat mereka sebagaimana yang diarahkan dan dua orang daripada kesemua peserta tersebut dipilih untuk tampil ke hadapan masing-masing seorang pelajar lelaki dan perempuan.

Pelajar perempuan terlebih dahulu membacakan matlamat yang ditulis tadi…menyatakan bahawa tujuannya belajar adalah yang pertama untuk mencapai kecemerlangan dan kedua untuk kedua ibu bapanya. Motivator kemudiannya mengulas matlamat pelajar perempuan tadi. Bla…bla….

Seterusnya, pelajar lelaki pula menyatakan 3 matlamatnya belajar. Pertama, untuk mencapai kecemerlangan dan mencapai cita-cita, kedua, untuk kedua ibu bapa…sama seperti pelajar perempuan tadi. Dan ketiga…budak lelaki tu berhenti, tidak meneruskan kata-katanya. Beberapa kali diarahkan oleh motivator tersebut untuk meneruskan…dia tetap enggan membacanya. Motivator merasa pelik dan menuju ke arah pelajar lelaki itu, kemudian membaca apa matlamat yang belum dinyatakan tadi.

“Ketiga: Matlamat belajar saya ialah untuk menyebar agama Kristian”

Setelah mebaca…motivator tersebut terdiam…senyap…terkejut…

Menyerap darah ke seluruh tubuh apabila mendengar cerita ini dari salah seorang penceramah. Seingat saya, awal usia belasan tahun bagitu, saya tidak pernah menetapkan untuk menyebarkan agama Islam sebagai satu matlamat belajar saya. Kesedaran itu tidak ada lagi..
Mungkin pelajar lelaki tadi telah di didik dan di doktrin oleh kelurganya sehingga kesedaran untuk menjadikan penyebaran agama Kristian sebagai satu matlamatnya dalam belajar. Persoalan siapa yang menjadikan pelajar lelaki tadi mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap agamanya adalah tidak penting. Apa yang kita perlu amati dan fikirkan di sini, di mana tahap kita menetapkan matlamat untuk menyebarkan agama Islam dalam belajar?

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِ َ ظةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ َأحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ
هُوَ َأعَْلمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ َأعَْلمُ بِالْمُهْتَدِين
“Ajaklah ummat manusia ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan dengan nasihat
yang baik...”
(Surah Al-Nahl: Ayat 125)